Masjid
merupakan pusat ibadah bagi umat Islam di seluruh dunia... Masjid juga
merupakan kawasan yang dianggap suci, kebersihan serta keindahan
di kawasan sekitarnya perlu dijaga dengan
baik. Di Kazakhstan, terdapat sebuah masjid yang terbesar di Asia
Tengah dan dianggap sebagai salah satu masjid yang paling bersih..
Masjid "Hazrat Sultan"
yang terletak di Astana, Kazakhstan, merupakan masjid terbesar di Asia
Tengah. Masjid ini telah dibangun dengan bercirikan gaya Islam klasik
dengan perhiasan tradisional masyarakat Kazakhstan. Masjid ini menampung hingga 10,000
jemaah
Masjid ini
mempunyai luas lebih dari sebelas hektar dan jumlah kawasan
semua struktur adalah sekitar 17,700 meter persegi. Masjid ini juga
mempunyai empat monarets (menara) pada setiap penjuru, tingginya adalah 77 meter.
Masjid "Hazrat Sultan" juga mempunyai kubah yang terbesar di Kazakhstan - tingginya ialah 51 meter dan lebar 28 meter.
0 comments:
Post a Comment